Selamat Datang ke
Hi-Dentist Cheras
Promosi 2024
Pendakap gigi atau braces boleh meluruskan gigi anda untuk menambah baik rupa dan fungsi gigi. Braces juga boleh membantu dengan kesihatan gigi dalam jangka masa panjang, serta memudahkan pemakanan dengan menyebarkan tekanan mengigit pada semua gigi anda secara sama rata.
Pemutihan gigi boleh mencerahkan dan menghilangkan kotoran pada gigi. Pemutihan gigi merupakan antara prosedur pergigian yang paling popular kerana kebolehannya untuk menambah baik rupa dan warna gigi.
Cabutan gigi bongsu merupakan prosedur pembedahan untuk mengeluarkan satu atau lebih gigi bongsu, iaitu 4 gigi kekal yang terletak di sudut belakang mulut, pada bahagian atas dan bawah.
Clear Aligner merupakan peranti ortodontik yang lut sinar dan diperbuat daripada plastik yang digunakan untuk meluruskan gigi. Clear aligners biasanya berkesan untuk membetulkan pergerakan gigi dalam dua dimensi.
Crown and Bridge adalah penyelesaian kekal untuk gigi yang hilang atau rosak. Prosedur ini menggunakan alat prostetik untuk menjadikan senyuman anda semula jadi. Crown digunakan apabila struktur gigi rosak tau patah. Bridge digunakan apabila satu atau lebih gigi hilang.
Gigi palsu adalah pengganti untuk gigi hilang yang boleh ditanggalkan. Terdapat dua jenis gigi palsu iaitu gigi palsu lengkap dan gigi palsu separa. Gigi palsu lengkap digunakan apabila semua gigi hilang, manakala gigi palsu separa digunakan apabila beberapa gigi asli masih kekal.
Rawatan akar merupakan prosedur untuk melegakan sakit gigi dan selamatkan gigi yang rosak. Pesakit biasanya memerlukan rawatan akar apabila terdapat jangkitan pada akar gigi. Semasa rawatan dijalankan, pakar endodontik akan mengeluarkan pulpa daripada dalam gigi, membersihkan dan membasmi kuman, membentuk saluran akar, dan kemudian menggunakan tampalan untuk menutup ruang.
Veneer gigi adalah suatu lapisan bahan yang diletakkan pada gigi. Ia dapat membaiki senyuman dan melindungi permukaan gigi daripada kerosakkan. Terdapat 2 jenis bahan yang digunakan untuk membuat veneer: komposit dan porselin.
Implan gigi merupakan bingkai logam yang ditanam pada tulang rahang melalui pembedahan. Setelah ditanam, doktor gigi anda dapat memasang gigi gantian ke atasnya.
Mengapa Perlu Memilih
Hi-Dentist
Kecemerlangan dalam
Dapatkan pengalaman rawatan pergigian yang terbaik bersama kami.
Senyuman yang sihat dapat mengubah kehidupan – itu kepercayaan kami. Oleh kerana itu, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan rawatan pergigian yang tiada tandingnya untuk setiap pesakit kami.
Kenali pakar-pakar di sebalik klinik gigi kami.
Klik pada nama doktor untuk maklumat lanjut.
Galeri
Galeri
Perbezaan
Panel Kami
Isnin, Selasa, Rabu, & Jumaat :
9:30am – 1:00pm
2:00pm – 6:30pm
Khamis:
Closed
Sabtu:
9:00am – 1:00pm
2:00pm – 6:00pm
Ahad:
9:00am – 1:00pm
2:00pm – 5:00pm
WhatsApp us